PENGENALAN PENUBUHAN
MAKTAB RENDAH SA
INS MARA PENGKALAN CHEPA

 

Bermula dari awal cadangan pembinaannya pada tahun 1968, kerajaan telah bersetuju dengan konsep penubuhannya pada tahun 1970, maka pada tahun 1971 MRSM sulung dibina di atas tapak 10 ekar,di Lorong Green, Seremban, Negeri Sembilan dan diberi nama MRSM Seremban.

Pada tahun 1972, MRSM kedua dibina di tapak seluas 17 ekar di Pengkalan Chepa. Sederet bangunan papan sebagai bilik darjah, sederet lagi untuk makmal dan asrama maka lahirlah satu nama dalam senarai institusi pendidikan tanahair, MRSM Kota Bharu.


Berpegang kepada motto 'Berdisplin, Berilmu, Beramal' serta dengan azam kental digenggam, dengan harapan sejuta janji maka menapaklah 149 orang pelajar bersama 20 orang kakitangan pada pertengahan bulan Januari 1973, MRSM Kota Bharu bersama pelajar sulungnya.

 

Konsep utama MRSM iaitu pendidikan sains dan teknologi diketengahkan, ketakwaan dijana dan keusahawanan disemai.Pelajar-pelajar MRSM ini seterusnya dicanai agar menjadi pelajar serba boleh, berjiwa patriotik, kental dan mampu bersaing pada bila-bila masa dan di mana jua mereka berada.

 

Pada tahun 1975, dalam masa 2 tahun sahaja persekitaran lopak,kusam berlubang dan berbukit bukau pasir, telah berubah wajah apabila bangunan-bangunan siap dibina. Pada ketika itu ia merupakan mercu tanda yang membanggakan pekan Pengkalan Chepa. Pada 12 Ogos 1975, MRSM ini telah disempurnakan perasmiannya oleh Ke Bawah DYMM Al Sultan Yahya Petra D.K,S.P.M.K.