ABDUL AZIZ BIN BABA
Pengetua MRSM Pengkalan Chepa
(April 2016 - sekarang)

 

Segala puji dan syukur ke hadrat Allah s.w.t kerana limpah dan kurniaNya dapat kita bertemu di dalam Portal Rasmi MRSM Pengkalan Chepa. MRSM Pengkalan Chepa adalah satu organisasi yang diamanahkan menjalankan Program Khas Pelajaran (PKP). Justeru ciri-ciri dalam strategi abad ke-21 perlu dilaksanakan di MRSM ini seperti kolaborasi antara unit, jabatan, sekolah/maktab dan universiti dalam dan luar negara. Komunikasi berkesan, pembinaan pengetahuan, pemikiran kritis dan kreatif, pengajaran berasaskan ICT dan juga adanya kesedaran global serta kesedaran sivik atas apa sahaja isu. dari segi Pengajaran dan Pembelajaran (P&P), para guru di MRSM ini perlu mengamalkan pemadatan kurikulum, pecutan ikut tajuk dan juga program pengayaan seperti mentoran, penyelidikan dan seminar untuk menghasilkan pelajar yang kreatif serta berinovasi maka kaedah pengajaran abad ke-21 perlu dilaksaknakan bagi mencapai hasrat tersebut.

Akhir kata, saya berharap dengan kewujudan portal ini, warga MRSM dapat memanfaatkan bersama demi mengangkat martabat pendidikan negara ke arah lebih berkualiti dan bagi membolehkan kami memperkasa dan menjayakan program yang dirancang dengan baik dan jayanya. Semoga Allah S.W.T memberi keberkatanNya kepada kita semua. InsyaAllah.

Sekian


ABDUL AZIZ BIN BABA

PENGETUA
MRSM PENGKALAN CHEPA